Monday, March 15, 2010

Asal boleh saja.... (Kefahaman)

Adakalanya manusia bila da terlampau pandai pun susah jugak. ada ilmu tapi tak mengintrepretasikan ilmu sebagai bahan berguna pun susah gak. inilah yang banyak terjadi kepada golongan yang rasa diri die bijak pandai. sebab rasa bila da berilmu terus menganalisis sendiri tanpa ada kawalan. membaca dan terus mentafsir menggunakan kefahaman sendiri dan tak buat perbincangan dengan orang yang lebih bijak pandai. 
dalam islam, manusia terbahagi kepada 4 orang golongan .

1. Dia yang tidak tahu dan dia tidak tahu yang dia tidak tahu…dia jahil, jauhi dia;
2. Dia yang tidak tahu dan dia tahu….. dia daif, ajar dia;
3. Dia yang tahu dan dia tidak tahu dia tahu, dia terlena….. kejutkan dia;
4. Dia yang tahu dan tahu dia tahu…..dia bijaksana, contohi dia;





Sesetengah manusia pula berfikiran liberal dan pada kefahamannya lebih liberal. tidak kira dari sudut agama dan cara hidup. Golongan liberal inilah yang selalu mengkritik agama sebagai ortodoks atau pun ketinggalan zaman. Pelbagai rumusan dikeluarkan untuk menghakis kefahaman agama yang dianggapnya itu tidak sesuai digunakan pada masa kini.Risalah agama dipermain-mainkan seolah-olah tidak ada rasa tanggungjawab langsung terhadap dirinya. Terus terang suka menyalahkan apa yang dibawa dan diajar oleh Rasulullah. Barangkali manusia seperti ini telah digelapkan hatinya untuk takut kepada Allah s.w.t

Selain daripada itu, ada pula manusia yang kurang ilmu. tetapi berjumpa dengan orang yang salah. akhirnya apa yang dpelajari dan difahami terus salah dan sia-sia. Dan akhirnya pemikiran dan pemahaman manusia ini terus diseleweng oleh golongan manusia yang rasa dirinya bijak pandai dan ahli agama itu. 

Manusia hari ini gemar mencari jalan mudah untuk memperolehi sesuatu matlamat tanpa memikirkan kesan dan akibat yang akan diperolehinya pada masa hadapan yang tidak diketahuinya itu. Disebabkan tindakan orang yang kurang arif ini telah menyebabkan ramai manusia semakin sesat. 


Masalah hari ini, manusia lebih suka perkara yang buruk daripada perkara yang baik. Lebih suka kepada sesuatu yang membuang masa daripada sesuatu yang berharga.

Perkara-perkara inilah yang sebenarnya semakin membuatkan manusia lupa kepada diri mereka. Kesan globalisasi dan hegemoni barat telah benar-benar menakluk fikiran manusia tidak bersempadan lagi. dan terus merosakkan jiwa muda remaja yang bakal menggantikan pemimpin hari ini.